.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Tuesday 1 January 2013

Dorayaki

DORAYAKI


Bahan-bahan:

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:


kacang merah yang manis/ kaya

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. 
  2. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).
  3. Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. 
  4. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  5. Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah / kaya. 

Untuk Maklumat Lanjut: https://www.facebook.com/bukuresepi

p/s: Aku tak pernah buat kuih Dorayaki ni, tapi aku selalu juga dengar nama kuih dorayaki ni dalam cerita kartun Doraemon. Aku kongsi resepi ni sebab nampak macam best je. Kalau korang rajin, boleh cuba bereksperimen dengan resepi ni pelan2 kat rumah tu daripada duduk saje, mane tahu hasilnya jadi sejibik seperti dalam gambo tu. OK selamat mencuba! hehehe 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ