.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Wednesday 26 October 2011

Hari Deepavali

Hari ni sambutan Deepavali. Kawan saya berbaju kemeja kaler hijau tu nama manjanye Hise (rujuk gambar). Di ambang sambutan Deepavali ni, Hise bersemangat waja menyiapkan persediaan menyambut Deepavali. Hise kata keturunan sebelah ibunya asal dari India, sebab tu dia teringin nak meraikan Deepavali sebagai salah satu budaya yang terdapat di India. 

Cuba korang tengok pintu rumah kami. menarik? Dekorasi ni hasil kreativiti Hise. Saya cuma tolong sekadar yang mampu je. huhu. Kalau korang nak beramah mesra dengan Hise bole klik namanye tu. Mana tau, korang bertuah boleh belajar tips menghias rumah macam Eric Leong daripada Hise. haha. Kalau korang hebat, cuba baca tulisan Hise pada kertas putih kat pintu tu. Jom zoom!

Sekali imbas muka kami bertiga ni macam ade rupa India, Melayu dan cina kan? hehe

p/s: to all my indian friends, Happy Deepavali ya

Thursday 20 October 2011

Personaliti dan Binatang


Sekadar perkongsian. Jika ada yang betul itu hanya kebetulan. 

p/s: jangan pulak percaya ye. haha =P


    Januari 01-09 ~ Anjing 
    Januari 10-24 ~ Tikus
     
    Januari 25-31 ~ Singa
     

    Februari 01-05 ~ Kucing
     
    Februari 06-14 ~ Merpati
     
    Februari 15-21 ~ Kura-kura
     
    Februari 22-28 ~ Harimau Bintang
     
    Mac 01-12 ~ Monyet
     
    Mac 13-15 ~ Singa
     
    Mac 16-23 ~ Tikus
     
    Mac 24-31 ~ Kucing
     

    April 01-03 ~ Anjing
     
    April 04-14 ~ Harimau Bintang
     
    April 15-26 ~ Tikus
     
    April 27-30 ~ Kura-kura
     
    Mei 01-13 ~ Monyet
     
    Mei 14-21 ~ Merpati
     
    Mei 22-31 ~ Singa
     

    Jun 01-03 ~ Tikus
     
    Jun 04-14 ~ Kura-kura
     
    Jun 15-20 ~ Anjing
     
    Jun 21-24 ~ Monyet 
    Jun 25-30 ~ Kucing
     

    Julai 01-09 ~ Tikus
     
    Julai 10-15 ~ Anjing
     
    Julai 16-26 ~ Merpati
     
    Julai 27-31 ~ Kucing
     
    Ogas 01-15 ~ Monyet
     
    Ogos 16-25 ~ Tikus
     
    Ogos 26-31 ~ Kura-kura
     

    September 01-14 ~ Merpati
     
    September 15-27 ~ Kucing
     
    September 28-30 ~ Anjing
     
    Oktober 01-15 ~ Monyet
     
    Oktober 16-27 ~ Kura-kura
     
    Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang
     
    November 01-16 ~ Singa
     
    November 17-30 ~ Kucing
     
    Disember 01-16 ~ Anjing
     
    Disember 17-25 ~ Monyet
     
    Disember 26-31 ~ Merpati
     





Anjing: 
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik. 

Tikus: 
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan. 

Singa: 
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati. 

Kucing: 
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman. 

Kura-kura: 
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal. 

Merpati: 
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta! 

Harimau Bintang: 
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari. 

Monyet: 
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan. 

#copy from my inbox email

Saturday 15 October 2011

Awan Nano – Hafiz

[ Lirik / Video / Muat Turun Lagu ]
>> Awan Nano <<

Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Aku lah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya kasih tiada banding
Setia tiada tara bagaimanapun jua
Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu.. uwooo..oo

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia melindungi dirimu
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku kasih tiada banding
Setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walau pun tak akan tercapai jejarimu.. uwooo..oo

Begitulah awan nano setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi dan bibirmu
Begitulah awan nano sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku kasih tiada banding
Setia tiada tara bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walau pun tak akan tercapai jejarimu.. uwooo..oo


 Sumber


Muat Turun Lagu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ