.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Monday 16 May 2011

Hari Guru

Sempena hari Guru tahun ni aku nak berkongsi sikit maklumat tentang Guru. Di Malaysia, panggilan untuk mereka yang mengajar atau mendidik digelar guru, cikgu, ustaz atau ustazah. Sambutan Hari Guru di Malaysia, lazimnya disambut pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai pengorbanan para guru. Walaubagaimanapun berbeza dengan Hari Guru Antarabangsa yang ditetapkan oleh UNESCO iaitu pada 5 Oktober setiap tahun.

Sedikit info tentang tentang Guru dari Wikipedia --> Perkataan Guru ini berasal dari bahasa Sanskrit ataupun dikenali juga sebagai pengajar, pendidik, Mudarris dan pengasuh merupakan tenaga pengajar dalam institusi pendidikan seperti sekolah atau tuisyen (kelas bimbingan). Dalam zaman modern ini guru juga merupakan istilah yang digunakan untuk seorang yang pakar dalam sesuatu bidang yang merujuk kepada seorang yang pakar dan handal dalam bidang pengurusan. Di peringkat universiti guru diberi gelaran tutor atau pensyarah. Lazimnya guru perlu mahir dalam sesuatu mata pelajaran serta diperkukuhkan pula dengan pengetahuan dalam bidang pedagogi atau pengajaran prinsip sains. Dari segi agama pula misalnya agama Hindu dan Sikh, guru mempunyai maksud yang lebih tinggi. Ia biasanya merujuk kepada para pendita yang mempunyai ilmu mendalam dalam hal-hal berkaitan kerohanian. 

p/s: masuk tahun ni dah tahun kedua aku bergelar sebagai seorang guru. Kepada semua warga guru. Selamat Hari Guru!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ