KUIH SERI MUKA
Bahagian bawah
· 275gm pulut (direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam)
· 195 ml pati santan (untuk kastard)
· ½ sudu garam
· 1 helai daun pandan
Bahagian atas
· 3 biji telur
· 170 gm gula pasir
· 1 sudu air daun pandan
· 195 gm pati santan
Cara-Cara
Cara-Cara
1.
Sediakan pengukus; Masak air sekitar 3/4
periuk kukus dan satu cerek lagi untuk air tambah.
2. Sediakan pulut untuk bahagian bawah kuih;
Tus pulut yang telah direndam dan kukus bersama dengan daun pandan yang
telah disimpulkan, garam dan santan dalam dulang pengukus hingga masak.
3.
Pukul
telur dan gula pasir.
4.
Masukkan
air, daun pandan dan pati santan. Kacau supaya sebati.
5.
Tekan
pulut dengan daun pisang hingga licin. Kukus selama 5 minit.
6.
Masakkan
bahagian atas; Kacau campuran telur rata-rata dan tuang ke atas pulut.
7. Kukus
lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal. Lap wap dari tudung pengukus
supaya kepala kulit itu tidak beralur.
8.
Keluarkan
daripada pengukus. Sejukkan dalam dulang yang berisi air.
9.
Potong dalam serong wajik dan hidang dalam
pinggan kuih beralas daun pisang.
OK selamat mencuba ye! hehe
Untuk Maklumat Lanjut: http://ms.wikibooks.org/wiki/Resipi:Kuih_seri_muka
p/s: Ade sesape tahu sebab ape kuih ni dinamakan kuih seri muka? adakah dengan memakan kuih ni akan menambah seri muka? hehe. Kalau waktu pagi atau petang dapat merasa kuih ni sedap juga. Masa zaman aku kecik dulu, mak aku rajin buat kuih ni.