.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Sunday 3 February 2013

Asal Usul Huruf Plat Kenderaan di Malaysia


Aku yakin, mesti ada yang tak tahu asal usul plat kereta di negara ni. Kenapa plat Johor mula dengan J? ada orang beranggapan plat kereta mengikut pangkal huruf negeri contoh macam plat Johor mula dengan huruf J = Johor, tapi bagaimana pula dengan plat Perak yang mula dengan huruf A bukannya P? Kenapa dan kenapa??? Kalau nak tahu lebih lanjut, jom zoom sejarahnya....


* Gambar Hiasan

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian huruf plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan huruf A?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah.

Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.


Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas.


Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri.

Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :

A = Negeri Perak

B = Selangor

C = Pahang

D = Kelantan

E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an

EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)

ES: Sandakan

ET: Tawau

ED: Lahad Datu

EU: Keningau

EK: Kudat

EL: Labuan

F = -tiada-

G = -G1M--GAGASAN 1 MALAYSIA

H = Teksi

I = -tiada-

J = Johor

K = Kedah

KV = Langkawi

L = Labuan

M = Melaka

N = Negeri Sembilan

O = -tiada-

P = Pulau Pinang

Q = Sarawak

QA dan QK: Kuching

QB: Sri Aman

QC: Samarahan

QL: Limbang

QM: Miri

QP: Kapit

QR: Sarikei

QS: Sibu

QT: Bintulu

R = Perlis

S = Sabah, dulu E

SA: Kota Kinabalu

SB: Beaufort

SD: Lahad Datu

SK: Kudat

SS: Sandakan

ST: Tawau

SU: Keningau

T = Terengganu

U = -tiada-

V = -tiada-

W = Kuala Lumpur

X = -tiada-

Y = -tiada-

Z = Tentera

Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia

ZA ke ZD: Tentera

ZL: Tentera Laut Malaysia

ZU: Tentera Udara Malaysia

ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia

JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor


Sumber: 
http://www.cvkmedia.my/2013/01/asal-usul-nombor-plat-kenderaan-malaysia.html

Friday 1 February 2013

Ketiak Hitam?


*Gambar Hiasan

Ketiak hitam, tidak indah bukan?

Banyak orang, khususnya kaum wanita, merisaukan ketiak mereka yang berwarna hitam. Untuk memutihkan atau mencerahkan kembali ketiak anda, anda harus mengenali penyebabnya terlebih dahulu.

PENYEBAB

Berikut adalah tiga penyebab ketiak berwarna hitam:

1. Mencabut dan mencukur bulu ketiak

Penelitian telah membuktikan bahawa mencabut dan mencukur bulu atau rambut ketiak adalah penyebab utama ketiak menghitam.

Kulit di ketiak sangat tipis dan sensitif. Setiap kali Anda mencukur atau mencabut bulu ketiak, Anda menyebabkan lecet mikro.

Luka ini akan membuat kulit berwarna gelap setelah sembuh. Anda mungkin tidak menyadari hal ini, tapi cubalah Anda siramkan alkohol di ketiak Anda setelah mencabut atau mencukur.

Kulit ketiak Anda pasti terasa sakit membakar kerana lecet. Mencukur bulu ketiak juga dapat menyebabkan folikel rambut membesar, sehingga ketiak Anda menjadi kasar seperti kulit ayam.

Sedangkan mencabutinya akan menarik akar rambut, meninggalkan bekas pecah dan bengkak.


2. Kehamilan

Setelah melahirkan, kulit di ketiak dan beberapa bagian tubuh lain seperti leher, perut, dan pinggang dapat berwarna gelap.

Hal ini normal kerana aktiviti hormon di tubuh Anda semasa hamil memungkinkan pelepasan terlalu banyak melanin (pigmen coklat yang menentukan warna kulit) sehingga kulit di beberapa bagian tubuh itu mengalami hiperpigmentasi atau menjadi hitam.

Hiperpigmentasi ini tidak boleh dielakkan, namun umumnya akan menghilang dalam beberapa bulan setelah melahirkan.


3. Penyebab lain

Beberapa deodoran dapat menyebabkan alergi dan iritasi kulit yang mengakibatkan kulit ketiak menghitam. Ada juga penyebab lain,seperti kegemukan.

Kegemukan juga dapat menambah pigmentasi dan menggelapkan beberapa daerah tubuh, termasuk tengkuk, ketiak, dan belakang lutut.

p/s: mohon rujuk doktor pakar ketiak untuk maklumat lanjut.


PETUA MEMUTIHKAN KETIAK

Bagi anda yang nak putihkan ketiak dengan cara tradisional, boleh ikuti petua di bawah;



*Gambar Hiasan

1. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kapur sireh dan sebiji limau nipis.

2. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring.

3. Lepas tu, sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit.

4. Lakukannya selepas mandi.

5. Sebaik-baiknya, anda amalkan selama 1 minggu.

Selamat Mencuba!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ