.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Saturday 15 May 2010

Cover Letter Jujur!

TSUMIRIN BIN ABDUL GHAFAR 
25 Jalan 3/4 
Taman Bukit Indah 
68000 Ampang 
Selangor. 
(Rumah pakcik saya) 
________________________________________________________________

Malaysian Airlines System (MAS)                                                2 Mei 2004 

Tuan, 

Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System. 

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Tsumirin Bin Abdul Ghafar no K/P 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja di syarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malammengingatkan pekerjaan dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya bekerja disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini. Itu saja keotaian saya. 

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan. 

3.Akademik 

Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-200 

Mata Pelajaran: (gred) 
>Bahasa Malaysia : 7D 
>Bahasa Inggeris : 7D 
>Sains : 8E 
>Matematik : 7D 
>Pendidikan Islam : 5C 
>Sejarah : 8E 
>Lukisan Geometri : 8E 
>Teknologi Air-Condition : 7D 
>Kerja Bengkel : 3B 
>Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK) 
>Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia. 

4. Pengalaman kerja 

>Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh, Perak 

>Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok). p/s (alignment kat situ tipu) 

>Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. 
(pusat serenti) 

5. Sukan & Sosial 
Menyertai pasukan kompang Kampong Batu 38, Sekendi. Nama Kumpulan, Gendang Senada. Johan Bolasepak 7 sebelah anjuran KEMAS, jadi gol keper gilir-gilir dengan Apai Stemroll JKR. 

6. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2. Jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin dan kunjungan org ramai. 


Sekian, terima kasih daun keladi,


Yang benar, 


..........................
(Tsumirin Bin Abdul Ghafar)



p/s: Contoh cover letter ikhlas tulus mulus dari lubuk hati nurani yang sesuci zaitun. Suspek aku tengok luahan dia ni, paling tak bole blah siap ade ugutan lagi tu. Korang ade berani nak follow cover letter ni? hahaha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ