.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Friday 14 January 2011

Apa itu Kentut?

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang tentang apa itu kentut? Semua manusia kentut begitu juga binatang. Kentut juga kadang2 dijadikan bahan jenaka dan bagi sesetengah budaya kentut tiada beza seperti batuk (sila rujuk pakar)


Menurut Cendiakawan2 Wikipedia, kentut merupakan campuran gas dalam saluran pencernaan mamalia dikenali keflatulenan atau flatulens yang terjadi hasil sampingan proses pencernaan. Kentut juga merupakan gas boleh terbakar kerana metana dan hydrogen yang boleh terbakar dan keduanya terdapat dalam kentut. Kalau korang kata tak pernah kentut tu, elok pergi daftar kat hospital bior doctor check bontot korang takut ade yang tersumbat. Hahaha

OK berkaitan topik kentut hari ni, aku ade rembat 1 artikel daripada berita hairan tentang kentut. Jom zoom!

**********************************
Pakar Perubatan Greek, Hippocrates menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut, kerana setiap orang juga kentut (sepatutnya korang patut rasa bangga bila dapat kentut tak perlulah rasa malu tak tentu pasal lagi. haha)

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan (untuk langkah berjaga2 aku kongsi 2 cara: 1. standby perfume spray, bila kentut terus spray atau 2. gunakan mancis sebab bau kentut datangnya dari hydrogen sulfide dan boleh terurai kepada wap air dan sulfur oksida bila diberi haba. Jadi pilih mane yang sesuai ye. hehe). Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil, berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus (kalau makan sup meletup pastu bantai makan maggi kari berapi, confirm korang kentut meletup berapi punyer. haha)


Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa (cuba kira kentut+sendawa korang dalam sehari berapa agaknya ye? hehe)

Kentut tidak membahayakan nyawa, cuma agak memalukan, jika korang ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan tambahan lagi kentut korang mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Bagaimanapun, jika korang kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, cepat dapatkan rawatan perubatan. 

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 

Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet korang dan bagaimana saluran gastro usus korang berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 

a) Udara yang korang telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan korang bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa korang menahan kentut. 

Sesuatu yang korang perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. 

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’ kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut. 


p/s: Untuk maklumat lebih lanjut. Sila rujuk Pakar Kentut. Terima kasih 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ