
Belia yang berusia
antara 21 hingga 30 tahun boleh mula memohon rebat RM200 bagi pembelian
telefon pintar 3G terpilih
daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan, 1 Januari 2013.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Shahril Tarmizi, berkata, permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian pada pautan - http://nbi.skmm.gov.my/.
Skim itu berasaskan 'siapa cepat dia dapat' dan khas bagi 1.5
juta belia yang layak boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih
ada.
Beliau juga berkata, belia yang layak menikmati rebat RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik penyedia perkhidmatan.
Difahamkan, jenis-jenis telefon pintar 3G yang boleh didapati adalah seperti berikut (belum dipastikan lagi) :
1. Alcatel One Touch Inspire 2
2. The Buzz Phone
3. HTC Wildfire
4. Huawei Ideos X3
5. LG Optimus L3
6. Ninetology Black
Pearl II
7. Ninetology Palette
8.
Nokia 2730
9.
Nokia 7230
10.
Nokia Asha 305
11.
Nokia Asha 308
12. Nokia C2-03
13. Nokia Lumia 610
14. Samsung Galaxy
Chat
15. Samsung Galaxy
Mini
16. Samsung Galaxy
Pocket
17. Samsung Galaxy Y
18.
Sony Xperia Tipo
19.
ZTE Acqua
20.
ZTE V790
Sebarang
maklumat yang berkaitan dengan syarat kelayakan, boleh disemakan pada pautan
ini - SOALAN LAZIM
PERMOHONAN REBAT RM200
sumber: http://speakerpecah.blogspot.com/2012/12/permohonan-online-rebat-rm200-telefon.html
p/s: Pada pendapat aku, daripada 20 smartphone yang bawah RM500 ni, paling berbaloi beli Sony Xperia Tipo. hehe. Korang pulak rasanya smartphone mana paling berbaloi? hehe
No comments:
Post a Comment