.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Showing posts with label Fuyoo. Show all posts
Showing posts with label Fuyoo. Show all posts

Saturday, 19 May 2012

The Nail-Man

Everybody was given talent, of one kind or another, except me.  Here's a guy who has great talent pounding nails into a board.













# Copy from my inbox email

Thursday, 22 March 2012

Eksperimen Nombor Handphone

Ok. Cuba ikut eksperimen ni, anda pasti teruja! haha
  1. Ambil kalkulator kemudian masukkan 3 nombor Handphone anda (cnth: 012-xxx) masukkan 3 no. yang xxx.
  2. Pastu darabkan dengan 80
  3.  Tambah pulak dengan 1
  4. Kemudian darabkan dengan 250
  5. Tambah pulak dengan 4 nombor Terakhir handphone anda
  6. Sekali lagi tambah dengan 4 nombor Terakhir handphone anda tadi
  7. Tolak dengan 250
  8. Akhir sekali bahagi dengan 2
Anda akan lihat nombor yg tertera adalah nombor Handphone anda.

Selamat mencuba!

P/s: kalau berjaya kongsikan dengan rakan2 yang lain ye!

#Copy from my inbox email

Friday, 15 April 2011

Akuarium Kreatif

Hobi membela ikan dalam akuarium, salah satu hobi yang sangat menarik. Kalau ada yang berotak bisnes, daripada hobi membela ikan dalam akuarium boleh jadi sumber menjana pendapatan. Contoh beli satu akuarium besar sikit, kemudian ternak ikan2 kecil yang mahsyur di pasaran ikan, pastu korang cuba jual. InsyaAllah, boleh laku tu kalau ade rezeki la. hehe 

Kalau dah beli akuarium tu beli la sekali dengan pump oksigennya janganlah biarkan ikan anda hidup diselubungi najisnya sendiri. Ingat ye akuarium tu bukan tangki septik. hehe. Cuba la korang bayangkan, kalau korang sebagai anak ikan (bukan yang ehem2 tu ye) mesti korang rasa jijik kan? macam tu la ikan. Jadi sayangilah ikan anda. hehe

Kalau korang berotak boombastic! akuarium ikan ini boleh dijadikan alternatif kepada perhiasan didalam rumah atau senang ceritanya boleh menaikkan seri rumah supaya nampak lebih berseri. hehe 

Disini saya ingin berkongsi contoh akuarium-akuarium kreatif yang saya dapat daripada mailbox saya, mungkin korang yang berminat boleh cuba idea ini untuk diaplikasikan di rumah atau di mana sahaja yang sesuai ye. Jom zoom! gambar-gambar dibawah ini. hehe   

Kalau akuarium macam ni, ikan bole bergerak bebas tak la bosan lepak 1 tempat je. tapi mane lubang udaranye ye? hehe

Akuarium yang tersangat kreatif+pelik. Nasib yang ni cuma perhiasan je. Kalau betul ade akuarium mangkuk tandas yang sedemikian ropernye, nampak menarik juga ye. Cuba korang bayangkan. haha
Menarik, sesuai untuk letak kat meja study sebab ade jam, bekas pensel, dan paip?bagusnya korang sambil study tu boleh layan ikan dalam akuarium ni hilang sikit tensionnye ye? tapi takut kang daripada niat nak study kelain pulak fokusnye dah konfius jadinya. haha. 

Akuarium singki, nampak menarik juga, sambil basuh tangan bole layan ikan. hehe

Kalau buat Akuarium pintu gerbang kat rumah aku, nampak menarik! dah x payah pergi Akuaria KLCC. hehe

 
fuh! mantap la kalu ade akuarium sebesar ni kat rumah aku. hehe

Akuarium ni nampak menarik, boleh ganti potret didinding dan boleh juga dijadikan sebagai TV di rumah. haha

hurm. kreatif tapi kurang sesuai akuarium ni diletakkan dibawah. huhu

p/s: kalau korang sangat berminat menghiasi kediaman dengan akuarium sedemikian rupa sebagaimana gambar-gambar diatas, jadi wang bukanlah satu alasan! haha

Thursday, 29 October 2009

Colours of Bollywood

Biasa la kan dalam citer bollywood tak de ape yang mustahil untuk mereka yg pegang watak terutamanya hero. Bagi aku dah nama pun citer, bukan betul pun. Jadi korang tak payah emosi sangat bila menontonnya. Walaubagaimanapun, kadang2 filem bollywood ni la orang kite, bila tonton penuh emosi ade  yang tetiba2 menangis, geram, suka dll. Walaupun tak faham sangat pun ape yang pelakon tu duk menyembang, tu bukan masalah terutamanya kalau nak terpaku depan tv layan Panggung Sabtu dari mula sampai habis. hahaha. Sebenarnya nak faham bahasa tak semestinya guna bahasa yg dituturkan melalui mulut. Gerak badan pun bole membantu orang lain faham apa mesej yang hendak disampaikan. 

OK korang pernah tengok citer The Return of Khiladi? dalam citer ni ade sebahagian part yang aku rasa menarik untuk dikongsi. Jom zoom!


p/s: Apa macam pas tengok video ni. hebatkan? hahaha. Filem mana yang mampu buat lakonan macam ni? it's only in Bollywood! hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ