.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Saturday, 5 January 2013

Puding Cocktail



PUDING COCKTAIL
Oleh: Yan Shamsuddin

Bahan - Bahan:

2 Tin Susu Cair
1 Tin Susu Pekat 
1 Sudu Besar Tepung Custard
1 Tin Buah Cocktail Ambil Isi
1 Tin Buah Laici Ambil Isi
1 Tin Buah Longan Ambil Isi
Buah Strawberry Dipotong2
Buah Kiwi Dipotong2

Cara - Cara

1. Masakkan Susu Cair Dan Susu Pekat..
2. Masukkan Tepung Custard Dah Hancur Tutupkan Api 
3. Sejukkan Sekejap Baru Masukkan Semua Buah2 Tadi
4. Masukkan Didlm Peti Sebelum Dihidangkan.

Selamat Mencuba!

untuk maklumat lanjut: https://www.facebook.com/bukuresepi

p/s: kalau dapat makan ni waktu tengahari atau petang sedap juga. hehe 

Tuesday, 1 January 2013

Dorayaki

DORAYAKI


Bahan-bahan:

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak

Inti:


kacang merah yang manis/ kaya

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. 
  2. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat).
  3. Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. 
  4. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping).
  5. Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah / kaya. 

Untuk Maklumat Lanjut: https://www.facebook.com/bukuresepi

p/s: Aku tak pernah buat kuih Dorayaki ni, tapi aku selalu juga dengar nama kuih dorayaki ni dalam cerita kartun Doraemon. Aku kongsi resepi ni sebab nampak macam best je. Kalau korang rajin, boleh cuba bereksperimen dengan resepi ni pelan2 kat rumah tu daripada duduk saje, mane tahu hasilnya jadi sejibik seperti dalam gambo tu. OK selamat mencuba! hehehe 

Sunday, 30 December 2012

Durian Crepe

Durian Crepe

Bahan-bahan:

3 sdt gula halus

3 sdt tepung ubi

1/2 sdt tepung gandum

1/2 sdt butter – dicairkan

4 biji telur - dipukul sikit

95 ml air

1 st vanila esen


Kulit

 

Cara-Cara:

1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.

2) masukkan butter yang dicairkan.

3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.

4) masukkan air.

5) panaskan non-stik pan.

6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 permukaan saja.

 

Filling cream


200 gm susu segar

2 kuning telur

30 gm gula halus

Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental

* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

 

masukkan dua2 inti durian and cream atas lapisan kulit tepung tadi.
balut elok2..macam bantal..



p/s: Sekarang ni musim durian crepe bertepatan dengan musim durian. haha. Kepopularan durian crepe ni membuatkan aku tertarik nak google resepi ni. Jujurnya aku tak pernah merasa pun durian crepe ni sebab aku memang tak suka durian. haha. Setahu aku, kalau nak buat crepe ni tak semestinya bubuh inti durian je. Kalau nak bubuh inti lain pun boleh, ikut selera yang bersesuaian, jangan sampai termuntah pulak. haha. OK Selamat mencuba! 

Tuesday, 27 November 2012

Kuih Seri Muka


KUIH SERI MUKA


Bahagian bawah

·         275gm pulut (direndam semalaman atau sekurang-kurangnya 6 jam)
·         195 ml pati santan (untuk kastard)
·         ½ sudu garam
·         1 helai daun pandan

Bahagian atas
·         3 biji telur
·         170 gm gula pasir
·         1 sudu air daun pandan
·         195 gm pati santan

Cara-Cara
1.   Sediakan pengukus; Masak air sekitar 3/4 periuk kukus dan satu cerek lagi untuk air tambah.
2. Sediakan pulut untuk bahagian bawah kuih; Tus pulut yang telah direndam  dan kukus bersama dengan daun pandan yang telah disimpulkan, garam dan santan dalam dulang pengukus hingga masak.
3.   Pukul telur dan gula pasir.
4.   Masukkan air, daun pandan dan pati santan. Kacau supaya sebati.
5.   Tekan pulut dengan daun pisang hingga licin. Kukus selama 5 minit.
6.   Masakkan bahagian atas; Kacau campuran telur rata-rata dan tuang ke atas pulut.
7.  Kukus lagi selama 15-20 minit hingga adunan pejal. Lap wap dari tudung pengukus supaya kepala kulit itu tidak beralur.
8.   Keluarkan daripada pengukus. Sejukkan dalam dulang yang berisi air.
9.   Potong dalam serong wajik dan hidang dalam pinggan kuih beralas daun pisang.

OK selamat mencuba ye! hehe


p/s: Ade sesape tahu sebab ape kuih ni dinamakan kuih seri muka? adakah dengan memakan kuih ni akan menambah seri muka? hehe. Kalau waktu pagi atau petang dapat merasa kuih ni sedap juga. Masa zaman aku kecik dulu, mak aku rajin buat kuih ni. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ