.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Tuesday, 29 January 2013

Mengapa Chewing Gum diharamkan di Singapura?

Korang nak tahu sebab apa chewing gum diharamkan di Singapura? OK hari ini, aku kongsi salah satu ceritanya yang tersembunyi dari pengetahuan umum. jom zoom! 

> Ada satu cerita, PM Singapura pergi ke Thailand, dia makan malam dengan Raja Siam.

> Mula-mula diorang makan udang, PM Singapura tanya kat Raja Siam lepas makan udang, apa orang Thailand buat dengan kulit udang?

> Raja Siam jawab : Kami tak buat apa. Kami buang aje.

> PM Singapore: Ooo kat Singapura, kami recycle kulit udang jadik keropok udang, lepas tu kami eksport ke Thailand...

> Lepas tu diorang makan limau plak. PM Singapura tanya lagi: Lepas makan limau, apa orang Thailand buat dengan kulit limau?

> Raja Siam jawab: Kami tak buat apa, kami buang aje.

> PM Singapura: Ooo kat Singapura, kami recycle kulit limau jadi Jus Limau, lepas tu kami eksport ke Thailand. 

> Last sekali, diorang makan chewing gum, seperti biasa PM Singapura pun tanya: Apa orang Thailand buat dengan chewing gum yang dah dimakan?

> Raja Siam jawab: Kami tak buat apa, kami buang aje.

> PM Singapura: Ooo kat Singapura, lepas makan chewing gum, kami recycle jadik kondom, lepas tu kami eksport ke Thailand.

> Raja Siam pula tanya: Apa orang Singapura buat dengan kondom selepas digunakan?

> PM Singapura jawab: Kami tak buat apa, kami buang aje.

> Raja Siam: Ooo kat Thailand , lepas guna kondom, kami recycle jadi chewing gum, lepas tu kami eksport ke Singapura.

> Erk! Muka PM Singapura jadi merah padam dan sebaik saja PM Singapura balik ke negaranya, dia terus haramkan chewing gum di Singapura, sampai sekarang!


p/s: hehehe

Saturday, 1 December 2012

Contoh Surat Letak Jawatan (Part 2)

Korang tension bekerja? ada niat nak letak jawatan? tapi tak tau cara menulis surat berhenti? OK masa aku tengah google contoh surat letak jawatan (sebab aku memang dalam proses nak letak jawatan), kebetulan terjumpa contoh surat ni, nampak menarik. haha. Sebelum ni aku dah kongsikan surat letak jawatan versi bahasa melayu yang agak menarik juga tapi kali ni aku nak kongsi contoh surat dalam bahasa Inggeris pulak. Kalau korang berani boleh cuba ikut contoh surat ni. Aku dapat contoh surat letak jawatan ni daripada website http://busuk.org/ping/view/339414 Jom zoom!

Contoh 1

Contoh Terbaik Surat Letak Jawatan

Contoh 2

Contoh Terbaik Surat Letak Jawatan

Contoh 3

Contoh Terbaik Surat Letak Jawatan

Contoh 4


Dear BOSS,




I Love Ur Wife!




Your Faithfully,


~Ringo



p/s: Selepas tengok semua contoh diatas ni, agaknya korang nak ikut contoh surat yang mane satu? haha!

Thursday, 20 September 2012

Kenali Personaliti Anda Melalui Kentut



Hari ni, aku nak sembang pasal kentut. Korang jangan terkejut ye, sebenarnya kentut juga melambang personaliti seseorang. Tak percaya? cuba korang perhatikan contoh-contoh personaliti kat bawah ni agaknya yang mana satu mengambarkan diri korang ye. hehe. jom! zoom

> Orang yang BOHONG dah kentut tak mengaku pastu salahkan orang lain

> Orang yang BANGANG - menahan kentut berjam-jam lamanya.

> Orang yang DERITA - bila ingin kentut tapi tidak boleh kentut.

> Orang yang MISTIRIUS - kalau kentut, orang lain tak bau dan tak tahu pun.

> Orang yang GELABAH - bila tiba masa nak kentut, tiba-tiba menahan kentutnya.

> Orang yang YAKIN - percaya kentutnya bau wangi.

> Orang yang PEMALU - bila nak kentut, cuba nak bersembunyi.

> Orang yang STRATEGIK - bijak menyembunyikan kentutnya dengan ketawa terbahak-bahak biar orang lain tak dengar.

> Orang yang BODOH - habis kentut cepat-cepat menghirup bau kentutnya supaya tak dikesan orang lain.

> Orang yang BERHATI-HATI - angin kentut dikeluarkan sikit-sikit, sampai bunyi "pret...pret...pret"

> Orang yang RIAK - bangga kentut tak berbau.

> Orang yang SLUMBER - dah kentut buat tak tau je seolah2 tak ade ape yg berlaku

> Orang yang JUJUR - terus mengaku bila habis kentut.

> Orang yang BIJAK - pandai meneka bau kentut orang lain.

> Orang yang BAIK HATI - mudah berkongsi pengalaman kentut dgn orang lain

> Orang yang MALANG - nak kentut tapi terkeluar tahi "cretttttt"


p/s: aku harap perkongsian info tentang kentut ni dapat membantu korang mengenali personaliti korang dan orang lain ye. hehe

Saturday, 11 August 2012

Sebenarnya Sape yang Mental?

Aku ade video menarik nak dikongsikan bersama. Korang yang tengok video ni, boleh tolong aku kesan sapa yang mental dalam video ni. hehe. jom! zoom...


p/s: Selepas layan video ni. Korang rasa, sapa yang mental ye? si peniaga ke si budak tu? haha. Jangan korang pulak sampai jadi mental. hehe

Tuesday, 17 July 2012

Contoh Surat Letak Jawatan (Part 1)

Muhamad Yusop
No. 127, Jalan Perai 3,
Taman Perai
14100 Bukit Minyak,
Seberang Perai Tengah,
Penang. 
______________________________________________________________________________

Syarikat Yakin Sdn. Bhd
Plot 131A,
Jalan Perindustrian Bukit Minyak,
14100 Bukit Minyak,
Seberang Perai Tengah,
Penang.                                                                           19 DEC 2005

TUAN,                                                                              

PER : SURAT BERHENTI KERJA

Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab-musabab saya ingin berhenti kerja:-

1. Saya kerap dibuli oleh senior.

2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.

3. Lagu 5'S tidak masuk dalam carta ERA.

4. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je... Nak beratur pun dah 20 minit!!!

5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII.......... Kasut takde sponge pulak!!!!!

6. Bas kilang tersangat laju.... Tersangat BAHAYA.....

7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!

8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk.....

9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.

10. Scan in/out sikit nak masuk kena berator sampai GATE HOUSE, nak balik kena berator sampai BULEH TAWAF satu kilang..

11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu.... Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH...

12. Boss kadang2 ok kadang 2 tension sampai tak ingat yang kami ni orang gak

13. Faedah2 lain tak memuaskan contoh kerja bagai nak tercabut kepala lutut...HAMPEHHH

14. BANYAK LAGI NAK HABAK TAPI KUT TAK SANGUP DENGAK KUT!!!!

Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. 

Terima kasih atas segala kerjasama, tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUT dari saya "IKAN KELI.. IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI LLLAAAMMMBUNG!!"


Sekian Terima Kasih

Yang Jujur,

..........................
(MUHAMAD YUSOP)

p/s: kalau korang ada menyimpan hasrat meletak jawatan aku harap contoh surat ni dapat bantu memberi idea pada korang mengarang surat letak jawatan nanti ye. hehe

Thursday, 28 June 2012

Kek Hari Jadi

Cerita ni aku dapat dalam mailbox aku. jom zoom!

Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai kek untuk memesan sebiji kek sempena hari jadi isterinya. "Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?" tanya si gadis manis yang bertugas di kaunter kepada lelaki itu. 

"Mmmm, tulis saja "Sayang tidak bertambah tua" di bahagian atas, kemudian sambung dengan "Sayang cuma bertambah cantik" di bahagian bawah," kata lelaki itu.

Esoknya, lelaki itu datang mengambil kek yang ditempahnya itu dan terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan tetamu-tetamu yang lain. Dan ketika kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu setengah pengsan ketika membaca tulisan yang tertera di kek itu:

"SAYANG TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS. SAYANG CUMA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH."

p/s: korang bole tolong aku jelaskan, ape maksud tulisan yang tertera pada kek tu ye? huhu

Friday, 20 April 2012

Berus Gigi - Louis Armstrong

Aku ade video menarik nak kongsi dengan korang. Video klip ni asalnya lagu what a wonderful world yang didendangkan oleh Louis Armstrong. Kemudian video klip ni telah ditroll baik punyer jadi lagu Berus Gigi. hahaha. Bawah ni lirik lagu Berus Gigi yang dapat aku taip. Jom zoom! haha

aku nak beli berus gigi
ade yang biru, purple ade
ade2 di mana saje
bolelah beri berus gigi...

hari ni saya perlu hilangkan kuman
bakteria2 di gigi
syoknye pada hari ini...

haih...saya dah malas nak cakap
bole la beli berus gigi...

ingat kamu semua...
semua gigi saya ni.. 
ada 20 biji tambah 44
I see friends yang tak de gigi
GIGI YANG BUSHUK
disini saya menyanyi khas for u

hari ni memang sesuai
I buat sup telur
lirik dah berterabur
amboih....

Farady ni macam2
buat lawak untuk semua
gigi gigi gigi saya comel gila2
boleh belanja berus gigi....


p/s : selepas korang layan video ni, jangan lupa rajin gosok gigi ye. hehe

Saturday, 10 March 2012

Kereta Sempit



Cerita ni aku dapat dalam mailbox aku. Jom zoom!

Satu keluarga yang berasal dari Terengganu nak balik beraya di kampung,
tapi cuma ada sebuah Kancil je untuk tujuh orang ahli keluarga tersebut.
Maka si ibu kepada keluaga tersebut pun berkata,

Ibu: Guane nih..penuh kete. Dok muak ayoh mu wey!

Ayah: Betul jugok. Guane nok buak nih? Lamo dok sapa kampong.

Ibu: Tujuh oghang dokleh sumbak masuk kete kancil nih. kecik do'oh.

Mereka pun memerah otak memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah
tersebut. Ruang terlalu sempit untuk tujuh orang, tiba-tiba anak mereka
yang paling kecil berkata...

Anak: Abah, umi... Awang tau doh guane nok buak. Kite skarang ade tujuh
oghang. Tamboh la soghang lagi. baru jadik 'LAPANG'...!!!


p/s: ade sesape orang ganu kat sini? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ