.:: CLICK FOR SUPPORT. TQ ::.

Saturday, 2 April 2011

Corazon Espinado - Santana

[ Lyric / Video / Download Song ]

>> Corazon Espinado <<

Esa Mujer Me Esta Matando 
Me A Espinado El Corazon 
Por Mas Que Trato De Olvidarla 

Mi Alma No Da Razon 
Mi Corazon Aplastado 
Herido Why Abandonado 
Aber Aber Tu Sabes Dime Mi Amor Por Favor 
Que Dolor Nos Quedo 

[Chorus]
Ah Ah Ah Corazon Espinado 
Ah Ah Ah Como Me Duele El Amor 

Como Duele Como Duele El Corazon 
Cuando Nostiene Entregados 
Pero No Olvides Mujer Que Algun Dia Diras 
Hay Ya Yay Como Me Duele El Amor 

Como Me Duele El Olvido 
Como Duele El Corazon 
Como Me Duele Estar Vivo 
Sin Tenerte Aun Lado Amor 

Corazon Espinado


Saturday, 15 January 2011

Bila Waktu Telah Berakhir - Opick

[ Lirik / Video / Download Lagu ]

>> Bila Waktu Telah Berakhir <<

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yg sementara
Bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
Meninggalkan dirimu

Bagaimanakah bila saatnya
Waktu terhenti tak kau sadari
Masikah ada jalan bagimu untuk kembali
Mengulangkan masa lalu

Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yg ada akan
Kembali padaNya

Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanyalah amal
Bila waktu telah terhenti
Teman sejati tingallah sepi

Sumber 


Download Lagu

Friday, 14 January 2011

Apa itu Kentut?

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang tentang apa itu kentut? Semua manusia kentut begitu juga binatang. Kentut juga kadang2 dijadikan bahan jenaka dan bagi sesetengah budaya kentut tiada beza seperti batuk (sila rujuk pakar)


Menurut Cendiakawan2 Wikipedia, kentut merupakan campuran gas dalam saluran pencernaan mamalia dikenali keflatulenan atau flatulens yang terjadi hasil sampingan proses pencernaan. Kentut juga merupakan gas boleh terbakar kerana metana dan hydrogen yang boleh terbakar dan keduanya terdapat dalam kentut. Kalau korang kata tak pernah kentut tu, elok pergi daftar kat hospital bior doctor check bontot korang takut ade yang tersumbat. Hahaha

OK berkaitan topik kentut hari ni, aku ade rembat 1 artikel daripada berita hairan tentang kentut. Jom zoom!

**********************************
Pakar Perubatan Greek, Hippocrates menyifatkan kentut adalah proses penting untuk kesihatan. Justeru, jangan malu kerana kentut, kerana setiap orang juga kentut (sepatutnya korang patut rasa bangga bila dapat kentut tak perlulah rasa malu tak tentu pasal lagi. haha)

Bagaimanapun, kentut yang berbau dan ‘dilepaskan’ dengan bunyi yang kuat memang memalukan (untuk langkah berjaga2 aku kongsi 2 cara: 1. standby perfume spray, bila kentut terus spray atau 2. gunakan mancis sebab bau kentut datangnya dari hydrogen sulfide dan boleh terurai kepada wap air dan sulfur oksida bila diberi haba. Jadi pilih mane yang sesuai ye. hehe). Bau dan daya kekuatan kentut dilepaskan bergantung pada makanan yang kita ambil, berapa lama kentut itu ‘disimpan’ dan daya kepantasannya dikeluarkan dari anus (kalau makan sup meletup pastu bantai makan maggi kari berapi, confirm korang kentut meletup berapi punyer. haha)


Dalam definisi perubatan, kentut adalah sebahagian daripada lebihan gas dalam perut atau usus. Ada kala lebihan gas ini menyebabkan anda berasa tidak selesa seperti perut kembung, sendawa atau kentut. Kebanyakan orang melepaskan gas berlebihan ini 14 kali sehari, tidak kiralah sama ada sebagai kentut atau sendawa (cuba kira kentut+sendawa korang dalam sehari berapa agaknya ye? hehe)

Kentut tidak membahayakan nyawa, cuma agak memalukan, jika korang ‘terlepaskannya’ di khalayak ramai dan tambahan lagi kentut korang mengeluarkan bau kurang menyenangkan. Bagaimanapun, jika korang kerap kentut ada kalanya ia mungkin penanda masalah kesihatan yang lain. Justeru, cepat dapatkan rawatan perubatan. 

Umumnya, komponen utama dalam kentut adalah lima gas yang tidak berbau - nitrogen, hidrogen, karbon dioksida, gas metana dan oksigen. 

Bau busuk kentut adalah disebabkan disebabkan kompaun berunsurkan sulfur yang dihasilkan bakteria tertentu dalam kolon. Bagaimanapun, bakteria ini tidak ditemui pada setiap orang. 

Jumlah gas yang dilepaskan pula bergantung pada berapa banyak bakteria yang hidup dalam kolon dan makanan yang tidak dihadam oleh saluran gastro usus sebelum ia sampai ke kolon. 

Dianggarkan antara 30 ke 150 gram makanan tidak dicerna sampai ke kolon dalam bentuk karbohidrat setiap hari. Jumlah ini bergantung pada diet korang dan bagaimana saluran gastro usus korang berfungsi. 

Tubuh tidak mencerna atau menyerap sesetengah jenis karbohidrat seperti gula atau serat dalam usus kecil kerana kekurangan enzim di kawasan itu. 

Makanan yang tidak dicernakan ini melalui usus kecil ke usus besar dan di situ bakteria tidak berbahaya memecahkan makanan, menghasilkan hidrogen, karbon dioksida dan di kalangan sesetengah orang, metana. Kesemua gas ini keluar melalui rektum menjadi kentut. 

Gas berlebihan dalam saluran pencernaan (esofagus, perut, usus kecil dan kolon) datang daripada dua sumber; 

a) Udara yang korang telan (menerusi tabiat mengunyah gula-gula getah atau merokok) 

b) Peningkatan penghasilan gas daripada makanan tidak hadam yang dipecahkan oleh bakteria dalam usus 

Gas kentut kebiasaannya terdiri daripada 60% nitrogen, 30% karbon dioksida dan 10% campuran gas metana dan hidrogen. 

Bagaimana pun, komposisi gas yang keluar dari badan korang bergantung kepada beberapa faktor seperti makanan, udara yang disedut, jenis bakteria dalam usus dan tempoh masa korang menahan kentut. 

Sesuatu yang korang perlu tahu, makanan yang menghasilkan gas tidak sama bagi setiap orang. Sementara, bakteria umum yang ditemui dalam kolon boleh memusnahkan hidrogen yang dihasilkan oleh bakteria lain. 

Keseimbangan dua jenis bakteria ini menjelaskan mengapa sesetengah makanan menjadi ‘berangin’ kepada sesetengah orang. Namun, kebanyakan makanan yang mengandungi karbohidrat menyebabkan gas. Makanan lemak dan protein menghasilkan sedikit gas. Selain itu, kekurangan laktosa juga boleh menyebabkan seseorang itu kerap kentut. 


p/s: Untuk maklumat lebih lanjut. Sila rujuk Pakar Kentut. Terima kasih 

Sunday, 9 January 2011

Sofea Jane – Black

[ Lirik / Video / Muat Turun Lagu ]

>> Sofea Jane <<

Kau ibarat permata di dalam hiasan kaca
Yang tak bisa disentuh
Namun hanya boleh dipandang
Ingin sekali ku sentuh
Ingin jua ku miliki

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Korus

Seandai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti

Kau selalu membuat hatiku merasa berat
Dan kau yang selalu ada
Saat semua pergi
Bagaimana mungkin
Untuk kau mengerti

Kini telah ku sedari
Mimpiku tak bererti sendiri

Ulang Korus

Saturday, 8 January 2011

Masalah Dengkuran dan Pencegahannya


Dianggarkan 1:3 orang dewasa berdengkur. Dengkuran adalah bunyi yang terhasil daripada aliran udara ke atas tisu dalam kerongkong yang sedang berehat. Ia menyebabkan tisu tadi bergetar dan menghasilkan banyi nafas yang kuat dan kasar.

Dengkuran adalah normal dan ianya banyak dikesan pada golongan lelaki berbanding wanita. Dalam kajian Synovate Omnibus, 62 peratus mereka yang sudah berkahwin tidak lagi berdengkur (mungkin 62 peratus ni dah berjaya dapat bantal peluk istimewa dan mungkin lagi 38 peratus masih gagal dapat bantal peluk istimewa. hihi)

**kalau korang belum berkahwin dan kuat berdengkur tu, cepat2 la kahwin ye. hehe


Langkah - Langkah Pencegahan Dengkur

1) Gunakan bantal yang lebih
Pastikan kepala pada kedudukan lebih tinggi sedikit daripada badan ketika baring. Cara ini untuk memudahkan saluran pernafasan dan mengelakkan saluran tekak korang daripada tersekat yang menjadi punca berdengkur.

2) Bahan pendingin
bagi melancarkan pernafasan ketika tidur dan mengurangkan dengkuran. Korang boleh gunakan vicks, tea tree oil (aku syorkan jenama Aiken) sebelum tidur. sapukan pada bahagian hidung, leher dan dada sebelum tidur untuk melancarkan pernafasan.

3) Nasal strips
Benda ni berfungsi untuk membuka saluran hidung dan dapat memberikan aliran udara yang lebih baik. Jadi kalau korang ade selsema atau batuk elok gunakan nasal strip ni.

4) Posisi tidur dalam keadaan mengereng
Apitkan bantal pada bahagian belakang dan depan badan korang untuk keselesaan. Cara ni dapat elakkan korang tidur terlentang atau meniarap dan mengelakkan dengkuran.

5) Buat senaman otot-otot kerongkong dan rahang
Pernafasan akan menjadi lebih mudah jika otot-otot leher, kerongkong dan rahang sentiasa dalam keadaan baik. Amalkan menarik nafas panjang bagi melapangkan laluan pernafasan dan ini boleh mengurangkan risiko ia tersumbat semasa korang sedang tidur.

6) Berurut
Rehat yang secukupnya perlu untuk mengendurkan otot-otot tubuh yang tegang. Kaedah urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab dengkuran. Kalau nak dapatkan khidmat urut, carilah tempat urut yang sesuai ye.

7) Mengurangkan bahan-bahan alahan yang terdapat dalam bilik tidur
Alahan boleh mencetuskan dan menjadi penyebab kepada dengkuran dan menimbulkan kesukaran untuk bernafas. Pastikan cadar dan selimut bersih daripada habuk dan hama. Sentiasa pasang alat penapis udara (beli yang jenama Sharp ade plasma cluster) sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.

8) Tidur menggunakan bantal peluk
Postur tidur yang selesa dan betul akan membuatkan tulang belakang berada pada kedudukan yang betul. Cara ini juga akan mengurangkan halangan pada saluran ke paru-paru dan nasal. Tidur mengiring dengan meletakkan bantal peluk mampu membantu mengekalkan posisi tidur yang sihat. Kalau yang dah berkahwin tu boleh peluk bini ganti bantal peluk.

9) Pastikan jika anda alah pada sesuatu jenis makanan
Alahan pada makanan juga boleh menjadi punca halangan pada kerongkong dan saluran nasal. Pastikan alahan makanan korang dan kurangkan pengambilan makanan tersebut

10) Amalkan teknik menarik nafas dalam-dalam
Meditasi merupakan latihan pernafasan yang bukan sahaja dapat membantu menghentikan dengkuran tetapi korang akan berasa relaks dan lebih fokus. latihan pernafasan ini dapat membantu korang bernafas dengan betul semasa tidur.

11) Buat pemeriksaan tonsil
Satu daripada masalah atau halangan kerongkong ialah tonsil yang terlalu besar. Jika anda mempunyai situasi dengkur yang teruk, Jumpalah pakar dan buat pemeriksaan jika tonsil bengkak atau terlalu besar. Pembedahan boleh dilakukan bagi membuang tonsil tersebut.

12) Kurangkan berat badan
Bagi mereka yang gemuk, sebaiknya turunkan berat badan supaya lemak yang terkumpul di sekitar kerongkong dapat dihindari. Cara ini dapat membantu mengatasi masalah dengkuran.

Sumber 

Tips jika diganggu orang yang tidur berdengkur

1. Tolakkan badan orang yang berdengkur tu (pelan2 jangan sampai orang tu terjaga)

2. Tutup telinga dengan earphone. Tak pun guna earphone sambil dengar lagu2 nasyid. Buka volume sampai hilang bunyi dengkur.

Kalau masih gagal....

1. Tarik rambut ke bantal orang yang berdengkur tu.

2. Picit hidung orang yang berdengkur tu (aku pernah amalkan teknik ni, agak berkesan juga. hehe)



aku harap selepas korang baca semua langkah2 ni. Jangan lupa sebelum tidur tu berdoalah moga malam korang tak lagi berdengkur dan orang2 disekeliling korang tak dihantui dan diselubungi dengan dengkuran korang. hahaha

p/s: kalau dah dapat tidur nyenyak tanpa dengkuran tu jangan sampai tinggal solat khususnya solat subuh ye!

Sunday, 12 December 2010

Bukit Broga


Info ringkas tentang Bukit Broga ---> Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, Selangor yang sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Ketinggiannya ialah 400 meter dari paras laut. Bukit Broga kini menjadi tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti umum sebagai tempat rekreasi. Malahan dengan ketinggian yang sederhana ini mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian. Bukit Broga juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar sunrise dan sunsite. Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bukit_Broga

Pada 12 / 12 / 2010 ---> aku and the geng (semua 5 orang) pergi daki bukit Broga. Kami bertolak dari rumah jam 6.30am. Jarak dari rumah ke sane ade dalam 10-15minit. Kalau korang nak tengok matahari terbit dengan lebih jelas lagi, elok pergi lebih awal, solat subuh kat sane (bagi yg muslim). 

Bagi aku laluan bukit ni OK la, cuma permukaannya agak licin, kalau hujan kene berhati2. Kalau korang dah biasa daki bukit contohnya Bukit Bintang, Bukit Katil, Bukit Ampang, Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa dan sewaktu dengannya, hehehe. Aku confirm korang tak de masalah daki Bukit Broga ni, kecualilah kalau korang ade semput, lelah dll tu elok elakkan aktiviti macam ni. Kalau korang gayat, inilah masanya untuk mencabar diri supaya lebih berani! hahaha. Usah bimbang, bukit ni tak de la tinggi sangat. Kebetulan masa aku nak turun dari Bukit Broga ni, aku ade selisih dengan budak2 tahfiz, dalam kalangan budak ni ade yang umur 9 tahun tu. 

Kalau korang bosan hujung minggu ke cuti panjang tak buat ape, ajak geng korang pergi mendaki, boleh memantapkan stamina dan melihat pemandangan alam semulajadi. OK aku kongsikan sikit gambo utk promosi. haha. Jom zoom!

dah kejang mendaki, mujur ade khidmat dukun. haha

korang kalu daki bukit tu, bawalah bekal ye. bole berkelah kt bukit macam kami. haha

kalau korang dah kat atas bukit tu. Mainlah game 'lompat si katak lompat' macam kami. haha

sempat beramah mesra dengan bebudak tahfiz. hehe

amacam hebat cara kami berposing? mission accomplished! hahaha

p/s: kalau yang ade menyimpan hajat ke hasrat ke impian untuk daki Bukit Broga, jangan lepaskan peluang! selamat mendaki nanti ye! hahaha

Tuesday, 7 December 2010

Test Your Pressure

The pictures are non-animated pictures. They are related to your pressure level. If you see them to move, then that means you have pressure currently. The speed of the moving is the level of your pressure. The higher that moving speed, the higher pressure you have. Most children and old men only see the pictures are not moving and keep still. I saw them move in a slow motion, that's mean I have a bit pressure currently. Test yourself regularly  with these pictures to know yourself better. Sometimes, it is good to have a appropriate pressure to push us to do better, but too much  pressure  can cause us to the end of the edge. Be relax when you know you  have too much pressure inside!




#copy from my inbox email

p/s: ape macam korang, selepas tengok gambo atas ni? ada rasa pening2 nak muntah? hehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DISCLAIMER

This blog may contain articles and pictures from other websites. If you notice any articles or pictures are under copyright, please inform me. The articles and pictures will be removed immediately. TQ